Memenangi kerusi Parlimen Bandar Kuching pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan kelebihan lebih 35,000 undi tidak memberi jaminan kerusi tersebut selamat dan akan kekal menjadi milik penyandangnya, Dr Kelvin Yii Lee Wuen.<br /><br />Kelvin yang sekali lagi dicalonkan DAP Sarawak menegaskan bahawa tidak ada istilah kerusi selamat dalam sebuah pilihan raya terutama pada PRU15.